Surau ini mula beroperasi pada tahun 2000 dengan nama ketika itu ialah Surau Presint 8 dan merupakan Surau yang pertama di Putrajaya. Dari mula pertubuhannya, surau ini diurus oleh ahli kariah dan penduduk apartment Fasa 4A, Presint 8. Pada pertengahan tahun 2006, urusan mengurus dan mentadbir surau ini diambil alih oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan arahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdasarkan kepada Akta 505. Pada bulan Julai 2008, Pengarah JAWI telah melantik JAWATANKUASA SURAU terdiri daripada pegawai-pegawai daripada JAWI dan JAKIM. Sejurus lepas itu, surau ini diberi nama baru ia itu SURAU AL-MIZAN PRESINT 8 PUTRAJAYA dan ianya adalah dibawah penyelarasan JAWI.
Pada Januari 2007, surau ini telah dinaikkan taraf ke surau Jumaat dan solat Jumaat pertama telah berlansung pada 9 Januari 2008 hinggalah ke hari ini. Pada mesyuarat Agung kali yang pertama bagi surau ini pada 22 Mac 2008, pihak Jawatankuasa lama telah menyerahkan kembali pengurusan surau ini kepada anak-anak kariah dan telah melantik JAWATANKUASA SESI 2008/2009 yang terdiri daripada anak-anak kariah kawasan setempat di Presint 8 dan Presint 10 Putrajaya ini.
Mulai daripada itu, berbagai kegiatan, aktiviti, program pengimarahan surau ini diatur dengan terliti dan teratur oleh Jawatankuasa Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya Sesi 2008/2009 yang baru.
Disediakan Oleh:
- Setiausaha, Surau Al-Mizan Presint 8 Putrajaya Sesi 2008/2009